Monday, January 25, 2010

Program Asyura 1431 Hijrah

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinNya, Komuniti Bestari Gunong Keriang berjaya menganjurkan Program Asyura sempena bulan Muharram 1431 dengan jayanya.


Dalam perancangan awal hanya 6 kawah bubur asyura sahaja yang akan dimasak tetapi dengan sambutan yang menggalakkan daripada kalangan komuniti maka sebanyak 8 kawah yang berjaya dimasak dan diagihkan kepada semua ahli komuniti serta agihan kepada pengunjung Taman Rekreasi Gunong Keriang.


Agihan bubur yang telah masak



Kumpulan Berzanji
Semoga program ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita masyarakat Gunung Keriang hendakNya.

No comments:

Post a Comment