
Jumaat, 13 November 2009
Derita terubat dijengah Muhyiddin
TPM bersama Dato Latt Shariman
ALOR STAR: Penderitaan hampir 600 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, Gunung Keriang di sini, terubat seketika dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluangkan masa melawat mereka, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran tiba kira-kira jam 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam di pusat penempatan sementara itu. Mangsa banjir, Pharida Danghem, 26, berkata dia tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri akan singgah dan beramah mesra dengannya di pusat penempatan itu yang menjadi kediaman sementara bersama suami, Shohebullah Shafie, 44, dan anak mereka yang berusia tiga bulan, Aidilputra sejak tiga hari lalu selepas rumah mereka dinaiki air.
“Saya amat berbesar hati dan bangga dengan kehadiran pemimpin nombor dua negara itu. Sekurang-kurangnya penderitaan kami berkurangan,” katanya ketika ditemui, semalam.
No comments:
Post a Comment