
Wednesday, November 25, 2009
Thursday, November 12, 2009
Keprihatinan Pemimpin

Jumaat, 13 November 2009
Derita terubat dijengah Muhyiddin
TPM bersama Dato Latt Shariman
ALOR STAR: Penderitaan hampir 600 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, Gunung Keriang di sini, terubat seketika dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluangkan masa melawat mereka, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran tiba kira-kira jam 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam di pusat penempatan sementara itu. Mangsa banjir, Pharida Danghem, 26, berkata dia tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri akan singgah dan beramah mesra dengannya di pusat penempatan itu yang menjadi kediaman sementara bersama suami, Shohebullah Shafie, 44, dan anak mereka yang berusia tiga bulan, Aidilputra sejak tiga hari lalu selepas rumah mereka dinaiki air.
“Saya amat berbesar hati dan bangga dengan kehadiran pemimpin nombor dua negara itu. Sekurang-kurangnya penderitaan kami berkurangan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Kerja Naik Taraf Jalan Kampung
PROJEK JALAN KAMPUNG
Matlamat dan Objektif.
Skop dan Komponen Projek
Menaiktaraf jalan tanah merah, jalan crusher run kepada tahap jalan premix.Membina jalan - jalan baru di kawasan yang sesuai ke tahap yang lebih sempurna @ jalan premix.
Matlamat dan Objektif.
Untuk meningkatkan tahap aksesibiliti penduduk luar bandar.Untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, selesa dan memuaskan melalui jalan kampung yang lebih sempurna.
Skop dan Komponen Projek
Menaiktaraf jalan tanah merah, jalan crusher run kepada tahap jalan premix.Membina jalan - jalan baru di kawasan yang sesuai ke tahap yang lebih sempurna @ jalan premix.
Kerja -kerja menurap tar
Penduduk Kampung Gunong Keriang juga mendapat kemudahan jalan tar baru yang dibina merentasi jalan-jalan di dalam kampung.Peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini telah memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang selama ini terpaksa melalui jalan-jalan tanah merah yang becak ( lecah ) untuk ke jalan utama.
Subscribe to:
Posts (Atom)