Monday, January 25, 2010

Komuniti Bersama Sinar

Semoga Akhbar Sinar terus memberi laporan tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat setempat.

Minit Program Asyura

MINIT MESYUARAT PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA
ANJURAN KOMUNITI GUNONG KERIANG
TAHUN 2010/1431

Tarikh : 19 Disember 2009
Masa : 5.00 petang.
Tempat : Dewan Orang Ramai Gunong Keriang
Kehadiran : Wakil Kg. Gunong Hulu, Wakil Kg. Gunong Hilir,Wakil Alor Goncar

1. Aluan Pengerusi.
1.1. Mengalukan kedatangan ahli dan wakil kampong.
1.2. Objektif : Memasak Bubur Asyura cukup untuk agihan semua ahli komuniti dengan niat meningkatkan siratulrahim dan mencari keberkatan.

2. Imbasan Program Tahun 1430
2.1. Sebanyak 3 kawah bubur asyura telah berjaya dimasak untuk santapan ahli komuniti dan agihan kepada pengunjung Taman Rekreasi Gunong Keriang.

3. Perkara berkaitan telah dibincangkan dan dipersetujui.
3.1. Bilangan Kawah
6 kawah iaitu 2 kawah untuk agihan Gunong Hulu, 2 kawah untuk agihan Alor Goncar dan 2 kawah untuk agihan Gunong Hulu.Bilangan kawah boleh ditambah bagi sesiap yang berminat.
3.2. Tarikh, masa dan tempat.
Tarikh : 9 Januari 2010 bersamaan 23 Muharam 1431
Masa : Bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.
Tempat : Tapak Kedai Makan berhampiran kedai shod.
3.3. Anggaran perbelanjaan.
1 kawah = RM 150.00
6 kawah = RM 900.00
3.4. Resepi
Berasaskan resepi tahun lepas dengan sedikit tokok tambah secukup rasa dibawah pengawasan Kak Ton dan ahlinya.
3.5. Kutipan Sumbangan
Sumbangan boleh dikutip bermula dari 19 Disember 2009 hingga 8 Januari 2010 oleh : Bang Chot Mat, Fadzil Ahmad, Ahmad Mahmud, Ibrahim , Awang Lah, Said Saad dan Md Isa Jusoh.

4. Perlaksanaan
4.1. Belian Barangan akan dikelola oleh Fadzil Ahmad, Ahmad Mahmud dan Ibrahim.
4.2. Memasak, mengisi dan mengagih bubur asyura mengikut kumpulan kampung.
4.3. Persiangan Rempah Ratus akan dijalankan di Rumah Jamilah oleh Kaum Ibu.
4.4. Minuman dan sarapan pagi akan ditaja oleh JNY Catering.
4.5. Agihan Kain Tuala akan dikelolakan oleh Cikgu Nazer.
4.6. Penyediaan Khemah akan dikelolakan oleh Hasni Hafiz.
4.7. Iringan Muzik akan dikelolakan oleh Md Noor.

5. Jemputan.
5.1. Agiha kepasa semua penduduk termasuk masyarakat cina dan pengunjur Taman Rekreasi Gunong Keriang.

6. Penutup
Semoga program ini dapat mengeratkan tali siratulrahim sesama penduduk kampung.

Mesyuarat ditangguh pada 6.30 petang.

Pencatat Pengesahan

Setiausaha Program
......................................

Pengerusi Program
......................................